Berikan aku alasan untuk meraguimu
Kerana aku percaya semua ucapan dan janjimu
Walau aku tahu kenyataannya berbeza
Berikan aku alasan untuk tidak menantimu
agar setiap kali kau pergi
aku tidak mengharapkan kau kembali
berikan aku alasan untuk menyesali
atau berikan aku sesuatu yang pasti
untuk ku genggam di saat aku merindui….
5 comments:
tiada alasan untuk meraguiku,
kenyataan sentiasa sama,
kerana ucapan dan janjiku bukan palsu,
tiada alasan untuk menantiku,
kerana setiap kali aku pergi,
aku pasti akan kembali,
tiada alasan untuk menyesali,
kerana di saat engkau merindui,
ingatan ku juga pasti serasi.....
Bagus Azwan...kena sgt dengan apa yang mdm dah tulis...bijak2...Mdm, best lah baca tetang cinta mencintai mdm dalam profile tuh...terkedu dan terfikir sy...hebat!!!!
huh??
alasn apa lagi madam? kadang2 tidak semua alasan diberikan kita boleh terima..
jadi..
belajarlah menerima alasan walaupun ia pahit dan sentiasa fikirkan positif tatkala kita menerima sesuatu musibah..(cakap dengan diri sendiri pulak)..
Alasan sebab malas pegi kelas banyak la madam, hoho :D
alasan demi alasan
sbb suka makan buah pulasan
tp jgn suka cpt perasan
... argh takdak idea... muahahaha
Post a Comment