Thursday, September 18, 2008

perjalanan ini

betulkah penillaian aku ini...

perlukah aku meneruskan perjalanan yang penuh ranjau duri ini.

memang aku punya ramai kawan. namun diantara kawan2ku, dialah yang paling lama ku kenal. dialah yang paling banyak berkongsi pengalaman denganku...justru, dia lah yang paling aku sayangi...kerana itu juga, dia lah yang paling senang melukai aku...because what the others do or say does not matter to me...they don't matter as much.

katanya, semua orang istimewa...orang yang dikenal dua hari sama istimewa dengan yang dikenal empat tahun...jika semua istimewa...maka sebenarnya tiada yang istimewa.
namun bagi aku tidak begitu. orang yang aku kenal empat tahun sudah pasti lebih istimewa dari yang aku kenal setahun dua....aku tak akan menempatkan mereka dalam kategori yang sama...

tapi itu tak penting...lain padang lain belalang...istimewa atau tidak bukan issuenya...aku cuma mahu tahu dengan pasti yang aku juga berada dalam lingkaran sahabatnya, itu saja. tapi, itu pun tak mampu dia lakukan...apa saja lah...yang penting dia sentiasa berada dalam lingkaran sahabatku walau apa pun terjadi...

jika aku rasa ketiadaan ku akan dirindui...pasti aku akan tetap disisi

jika aku rasa ketiadaan ku akan membuatnya sedih, pasti aku tak akan pergi
aku juga tidak mahu pergi...

namun, aku sudah letih. letih menyaksikan lakonan demi lakonan yang membuat aku keliru. membuat aku menyangka yang aku juga sebahagian dari mereka yang menceriakan hidupnya. tapi kini dia telah tunjukkan dimana aku sebenarnya...for once...dia berlaku jujur...thank you.

memang aku keras kepala. memang aku keras hati.

tapi, aku yakin dan pasti, samada aku ada atau tiada, sama sahaja baginya...kerana aku cuma sekadar kenalan, dan dia ada ramai sahabat yang boleh menceriakan hidupnya.

maka, perlukah aku meneruskan perjalanan ini...
betul kah penilaian ku ini...

2 comments:

mredzuwan said...

madam r u okay..?

azwan bamadhaj said...

cepat atau lambat, setiap manusia itu perlu untuk hidup dengan sendiri, kebergantungan hanya akan menyusahkan bagi mereka yang tak kenal hati budi,

persoalannya, mengapa perlu kepastian tentang sesuatu yang sudah pasti...