Sunday, July 13, 2008

erti sepi

Filem Sepi merupakan filem yang sedang hangat diperkatakan pada waktu ini...honestly..i have not seen it...but from what I've heard, it is worth watching...a real tear-jerker...managed to squeeze some unwanted tears even from the male population...tapi aku tak terasa pulak nak menonton filem tu...tak tau kenapa... tak de mood nak menonton filem sedih pada saat ini...

namun...tajuknya membuatku terfikir...apakah sebenarnya SEPI bagi aku...inilah erti sepi bagi aku...


SEPI

SEPI itu teman karib
yang setia menemaniku setiap hari
dari saat aku terjaga
hingga ke saat aku di buai mimpi
SEPI itu musuh
yang sering menceroboh kubu emosi
dan meruntuhkan semangatku
SEPI itu guru
yang mengajar aku
erti ketabahan dan kesabaran
SEPI itu pengalaman
walaupun perit
berani aku tempuhi
SEPI itu pengorbanan
yang perlu aku lakukan
demi mereka yang aku sayang
SEPI itu cinta
yang tak mungkin akan berlaku
walau aku cinta padamu
SEPI itu rindu
yang perlu ku jadikan sempadan
antara kau dan aku
SEPI itu takdir
yang terpaksa aku terima
dengan hati terbuka
SEPI itu hakikat
yang tak mungkin dapat ku ubah
walau sekuat mana pun aku mencuba
SEPI ITU HIDUPKU
SEPI ITU HATIKU
SEPI ITU KAMU
SEPI ITU AKU
SEPI ITU SELAMANYA....

3 comments:

Sengal Ubi said...

i x rs sepi pn kalo u xde...

hahaha...

azwan bamadhaj said...

sepi itu propa,
sepi itu choi,
sepi itu laha,
sepi itu gedik,
dan

sepi = UMP

Ijan said...

sepi ni is not really important that is besause sepi will come and go.Bila kita rasa sepi kita akan teringatkan kenangan lalu especially kenangan manis dan kenangan pahit. Akan tetapi kanangan akan membuatkan kita menjadi matang dan brave hadipi cabaran hidup. Contohnya bila saya putus hubungan dengan girlfriends saya, saya hanya sedih dalam masa seminggu sahaja, selapas itu ia akan berlalu.Hal ini kerana saya menganggapnya sebagai ujian tuhan yang perlu dihadapi. ok itu sahaja dari saya and happy nice day.