Sunday, July 6, 2008

re: apabila anda mengenali seseorang...

07.07.08

Orang lain biasanya menghukum tindakan kita itu salah jika tindakan kita itu berbeza dari apa kelaziman yang kita lakukan, maka mereka beranggapan bahawa kita sudah berubah dan berbeza dan lebih lanjut menghukum KITA SUDAH BERUBAH.

Memang kita akan beranggapan yang seseorang itu
SUDAH BERUBAH jika

nyata tindakannya berbeza dari kelaziman...dan, jika berlaku pula situasi yang memang pernah berlaku dan tindakan serta reaksi seseorang itu pun masih sama
seperti dulu, masih sama seperti yang dijangka, maka kita akan berkata NOTHING

HAS CHANGED. jika tiada apa yang berubah..., apakah itu bererti tindakan orang

itu betul? dan jika tindakan orang itu memang menepati jangkaan, mungkin juga tanggapan kita terhadap orang itu betul...unless orang itu hanya berlakun semata2...which means kita langsung tidak mengenali orang itu.

Perlu untuk diingat, seorang pemikir pernah menyatakana bahawa anda hanya boleh melakukan 2 perkara sahaja dari sejarah. Yang pertama ialah mengulanginya dan yang kedua adalah belajar daripadanya.

Setuju sekali. Ada yang ingin sejarah berulang kerana mungkin ia membawa kebaikan kepadanya, namun kebiasaannya, memang orang akan menganggap sejarah sebagai sesuatu yang memberi pengajaran. Mungkin, situasi masa kini berbeza dari masa dulu...maka apa yang harus diteliti adalah apa yang menyebabkan perbezaan itu. Jika masa dulu melibatkan


pelbagai konflik yang kebanyakannya melibatkan salah faham dan prasangka yang berpunca dari tanggapan (ini ada bukti atau tanggapan semata2?) dan masa kini

kelihatannya lebih baik dari masa dulu, apa, kenapa, bila dan bagaimana ia berlaku? mungkin keadaan memang bertambah baik, mungkin benar...things change, people change. atau mungkin..masa lalu adalah realiti dan masa kini hanya lakunan semata2. Kadang2 kita langsung tidak mengenali seseorang walau telah lama berkawan.

Jadi diakhirnya, kadangkala, anda mungkin rasa anda mengenal seseorang tapi itu tidak bermakna itu adalah diri orang itu sebenarnya.

Jika kita rasa kita mengenal seseorang tetapi nyata itu bukan dirinya yang sebenarnya...apalagi yang tinggal untuk dijadikan teras persahabatan? apa yang ada cuma keraguan yang sebenarnya menjadi punca timbulnya salah faham dan prasangka.
amat perlu untuk kita meyakinkan diri bahawa kita memang mengenali seseorang itu, kerana jika timbul walau setitik keraguan di hati atau minda, maka akan hancurlah persahabatan itu.

1 comment:

Raja Azrul said...

nasihat i, jadilah diri yangs sebenar. Kenal diri sendiri dulu sebelum kenal diri orang lain...hehehe