Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Thursday, September 18, 2008

perjalanan ini

betulkah penillaian aku ini...

perlukah aku meneruskan perjalanan yang penuh ranjau duri ini.

memang aku punya ramai kawan. namun diantara kawan2ku, dialah yang paling lama ku kenal. dialah yang paling banyak berkongsi pengalaman denganku...justru, dia lah yang paling aku sayangi...kerana itu juga, dia lah yang paling senang melukai aku...because what the others do or say does not matter to me...they don't matter as much.

katanya, semua orang istimewa...orang yang dikenal dua hari sama istimewa dengan yang dikenal empat tahun...jika semua istimewa...maka sebenarnya tiada yang istimewa.
namun bagi aku tidak begitu. orang yang aku kenal empat tahun sudah pasti lebih istimewa dari yang aku kenal setahun dua....aku tak akan menempatkan mereka dalam kategori yang sama...

tapi itu tak penting...lain padang lain belalang...istimewa atau tidak bukan issuenya...aku cuma mahu tahu dengan pasti yang aku juga berada dalam lingkaran sahabatnya, itu saja. tapi, itu pun tak mampu dia lakukan...apa saja lah...yang penting dia sentiasa berada dalam lingkaran sahabatku walau apa pun terjadi...

jika aku rasa ketiadaan ku akan dirindui...pasti aku akan tetap disisi

jika aku rasa ketiadaan ku akan membuatnya sedih, pasti aku tak akan pergi
aku juga tidak mahu pergi...

namun, aku sudah letih. letih menyaksikan lakonan demi lakonan yang membuat aku keliru. membuat aku menyangka yang aku juga sebahagian dari mereka yang menceriakan hidupnya. tapi kini dia telah tunjukkan dimana aku sebenarnya...for once...dia berlaku jujur...thank you.

memang aku keras kepala. memang aku keras hati.

tapi, aku yakin dan pasti, samada aku ada atau tiada, sama sahaja baginya...kerana aku cuma sekadar kenalan, dan dia ada ramai sahabat yang boleh menceriakan hidupnya.

maka, perlukah aku meneruskan perjalanan ini...
betul kah penilaian ku ini...

Tuesday, September 16, 2008

keadaan dan realiti

Kita perlu menerima keadaan dan realiti seadanya...


kau telah meyakinkan aku...

apa yang kau tulis itulah keadaan dan realiti sebenarnya

aku terima...walau ia mengubah segalanya...

Saturday, September 13, 2008

di manakah aku

Pernah aku bertanya padamu, apakah aku berada didalam ‘circle of friends’ mu. Hingga kini kau tidak memberi jawapan yang pasti. Namun, setelah kau listkan satu persatu siapakah yang berada didalam lingkaran sahabat mu…ternyata…aku berada di luar circle of friends mu..


Jadi…dimanakah aku…

aku hanya berada bersama kumpulan orang2 yang pernah kau berurusan dengan…sekali dua…kumpulan yang ada atau tiada…tak akan memberi apa2 kesan pada mu. Disitulah kau tempatkan aku…sedangkan kau mengenali aku lebih lama dari kebanyakan nama yang kau tempatkan dalam lingkaran sahabat atau teman mu…dan pengalaman kita bersama hampir sama banyaknya dengan pengalamanmu bersama mereka…mungkin pengalaman bersama mereka jauh lebih berharga…maka mereka lebih layak untuk kau anggap sahabat sedangkan aku tidak…kerana itu amat mudah untuk kau mengatakan…aku sangat rindukan kalian…miss u guys so much…pernahkah kau merindui aku walau sedetik..

aku tahu…kau akan berkata…stop feeling that you’re second best…but then its stated in black and white…I am always second best in your life…

ku katakan sekali lagi...


Tiap kali aku mempersoalkan tindakan mu
Bukan bererti aku tidak mempercayaimu



Tiap kali aku menyakiti hatimu
Bukan bererti aku membencimu



Tiap kali aku berpaling darimu
Bukan bererti aku akan meninggalkanmu



Tiap kali aku menyepikan diri
Bukan bererti aku melupakanmu…



Aku menyepikan diri, kerana aku sedar kini…
Aku tidak penting buatmu.